Sunday 5 June 2011

filem baru

hello blogger2 sekalian.,entry kali ny psl 
filem yg akan datang.,.,ha.,.,filem yg aku maksudkn ialah
KL gengster.,,arahan syamsul yusof .,.
msti ramai yg tertunggu2 bila filem ini akan ditayangkan.,.,/
kn 2????haha.,.,aq pn x sabr la nk tgk cte ny.,.,mcm best je.,,
ehh.,.,best ke?????
ntah la.,tgk je la..,haha
filem ny filem aksi dimana pelakon utamanya ialah
si direktor 2 sndri.,,syamsul yusof trmasuk juga penulis
skrip (dh dy pnye filem)
dijangka tarikh tayangan
09 jun 2011
so bg kaki2 wayang diluar sana.
booking la tiket awl2.,haha
16157 dilihat

KL Gangster
Pengarah : Syamsul Yusof
Syarikat Penerbit : Skop Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Genre : Aksi
Tarikh Tayangan : 09 Jun 2011
Durasi : 81 min
Audio : Dolby
Format : 35mm
aq nk bg sinopsis cket sal cte ny

filem ini
mengisahkan dua beradik
yang telah terjebak di dalam dunia gangster
, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai.
Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.
Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan
untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.
King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan... Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka...segala-galanya akan terjawab dalam "KL GANGSTER".
amacam oke x??? haha.,
k la aniway.,jgn lepaskn peluang tgk cte ny
lw x snggup nk tgk wayang(kot la jauh ke)
kowg ley download je  kt
bkn takan filem kL gengster je.,
ada bnyk lg cte2 baru.,,kowg ley pilih ke.,ok.,
keep it up.,bye!!

No comments:

Post a Comment